Tuesday, August 24, 2021

TensorEast

 

Sila hubungi saya melalui saluran berikut:

👉👉👉👉H/P: 011-7263-8681

FAKTA MENARIK TENTANG TEMBAGA/COPPER



  1. Merupakan antibakteria/virus semulajadi.
    Wayar Tembaga
  2. Selama beribu-ribu tahun tembaga telah digunakan untuk membunuh atau menghalang pertumbuhan bakteria dan virus.
  3. Orang Mesir Purba, Yunani, Rom, Cina dan Aztec menggunakan barangan berasaskan tembaga untuk merawat luka peperangan, luka bakar, jangkitan, ruam, keradangan dan lain-lain masalah kesihatan .
  4.  Tembaga mempercepat penyembuhan.
  5. Di India kuno dan sekarang, Ayurveda (ilmu perubatan tertua India) telah menyarankan penggunaan air minum dari bekas tembaga kerana tembaga memberikan caj tenaga positif terhadap air dan membunuh mikrob berbahaya.
    Gelas Tembaga
  6. Air rendaman tembaga merupakan antioksidan semula jadi yang mempunyai banyak manfaat kesihatan untuk badan.
  7. Penyelidikan terbaru yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine mendapati bahawa tembaga berkesan terhadap SARS-CoV-2, iaitu virus yang bertanggungjawab terhadap wabak coronavirus. Kajian menunjukkan bahawa setelah empat jam, virus itu tidak lagi aktif di permukaan tembaga, manaka ia masih aktif di atas permukaan plastik setelah 72 jam.



APA  ITU  TENSOR  RING?

Tensor Ring adalah wayar tembaga yang dipintal pada ukuran tertentu dan ditemukan kedua hujungnya sehingga membentuk gegelung ‘cincin’ dengan diameter tertentu. Ukuran tersebut dikenali sebagai Cubit.

 Tembaga adalah konduktor elektrik yang terbaik. Apabila tembaga dipanaskan dan dibentuk untuk menghasilkan Tensor Ring, struktur kristal di dalam wayar akan jadi selaras dan menghasilkan aliran piezoelektrik sehala. 

Wayar tembaga akan dilipat, dipintal, dan dipotong lalu ditemu dan disatukan pada hujung masing-masing. Lengkaplah satu ‘circuit’ tenaga. Ini akan mewujudkan aliran tenaga ulang-alik berterusan pada masing-masing wayar yang mana mengalir secara berlawanan arah, tanpa henti.

Jika wayar tembaga tadi dipotong pada ukuran tertentu yang dikenali sebagai ‘cubit’, maka Tensor Ring akan menghasilkan frekuensi yang tertentu. Jika wayar ini dibentuk mengikut corak yang spesifik, ia akan memancarkan medan energi yang juga spesifik.

Pada dasarnya Tensor Ring adalah Antena Piezoelektrik.

Aliran tenaga pada Tensor Ring adalah berterusan selagi strukturnya tidak rosak. Aliran tenaga ini tidak bersifat elektrik mahupun magnetik.

Tensor Ring merupakan sebuah superkonduktor pada suhu bilik.

Menurut Philli Callahan, seorang pakar di bidang paramagnetism, Tensor Ring menghasilkan nilai paramagnetik tertinggi yang pernah dikaji.

Bentuk Asas Tensor Ring

SEJARAH TENSOR RING

Dipercayai bahawa teknologi Tensor Ring telah wujud sejak berkurun lalu. Ia adalah teknologi zaman purba yang telah dilupakan.

Teknologi Tensor Ring yang telah ‘lama hilang’ ditemui semula oleh Slim Spurling dan Bill Reid pada tahun 1991. Dari sini, Tensor Ring semakin berkembang sehinggalah ke hari ini. 

Pada awalnya, ukuran Tensor Ring yang ditemui oleh Slim Spurling hanyalah 20.6 inci (52.5 cm). Ukuran ini dikenali sebagai Royal Cubit. Ia adalah ukuran asas yang digunakan untuk membina piramid-piramid di Mesir.


Sacred Cubit of Pyramid

Royal Cubit juga dikenali sebagai Sacred Cubit kerana ukurannya adalah berasaskan ukurlilit Bumi di mana piramid dibina. Saiz Sacred Cubit adalah 1/10 000 000 daripada radius kutub bumi, serta memiliki hubungan dengan berat serta radius atom Hidrogen.

Royal atau Sacred Cubit menghasilkan frekuensi 144 Mhz.

Teknologi Tensor Ring paling banyak dikembangkan di Barat sahaja, dan sangat kurang popular di kawasan Asia, apatah lagi di Malaysia. Borneo Tensor adalah yang pertama mengeluarkan produk Tensor Ring di Malaysia.

Mungkin kerana membina Tensor Ring adalah sangat rumit (kalau belum biasa), sebab itu tidak ramai yang mahu mencubanya.

Kalau kita telusuri sejarah, kita akan temui bahawa orang tua-tua kita dulu memang sangat suka menggunakan peralatan daripada tembaga, kerana mereka menyedari manfaatnya untuk kesihatan. 

Ini menunjukkan bahawa, tembaga dan manfaatnya bukanlah benda baru apatah lagi asing kepada masyarakat kita.


MANFAAT TENSOR RING

Tensor Ring merupakan sumber energi yang berterusan mengalir. Sifat energinya bukan elektrik dan bukan juga magnetik.

Energi dihasilkan oleh Tensor Ring mampu mengharmonikan memiliki daya penyembuhan untuk untuk semua kehidupan.

Ia adalah sebuah superkonduktor. 
 
Ia mampu meneutralkan medan elektromagnetik (EMF) yang mana pada zaman ini begitu banyak memancar di sekeliling kita tanpa kita sedar, bersumber dari peralatan-peralatan canggih yang kita gunakan setiap hari dan memberian kesan buruk pada kesihatan kita dalam tempoh jangka panjang. 

Medan tenaga dari Tensor Ring dapat memurnikan energi persekitaran yang kacau bilau. Frekuensi energi Tensor Ring belum dapat diukur melalui peralatan yang ada. Namun medan energi yang dihasilkan oleh Tensor Ring dapat dilihat dengan jelas melalui teknik GDV (Gas Discharge Visualisation), seperti pada video di awal website ini.
 
Saksikan video di bawah. Sebuah demonstrasi Kinesology Test, menguji kekuatan otot tanpa memegang Tensor Ring, dan dengan memegang Tensor Ring. Kita lihat perbezaannya.



Biasanya Tensor Ring digunakan secara single unit, ertinya hanya satu ring digunakan untuk berbagai aplikasi.

Apabila Tensor Ring digunakan secara berkumpulan, di mana ia di susun mengikut bentuk-bentuk tertentu, maka ia akan menghasilkan kesan yang sangat menarik.

Medan tenaga setiap single tensor akan bergabung membentuk medan tenaga yang lebih besar dan kuat dan memiliki fungsi baru yang spesifik.

SINGLE TENSOR RING

Secara umumnya, semua Tensor Ring berfungsi untuk:

1. Cleansing – Membersihkan energi negatif

2. Harmonising – Mengharmonikan medan energi yang terhubung dengannya.

3. Energising/Boosting – Memperkuat dan meningkatkan medan energi yang lemah dan rendah getarannya.

4. Meneutralkan EMF

5. Mengionkan air, agar molekul air menjadi lebih murni dan menjadi lebih alkali.

6. Menstabilkan medan tenaga pemakainya.

Tensor Ring yang digabungkan menjadi Multi Tensor, dengan corak tertentu akan memiliki fungsi yang lebih spesifik untuk tujuan tertentu.


SENARAI PRODUK BORNEO TENSOR

TENSOR RING SOLEFEGGIO

Tensor Ring Solfeggio. 

Konversi 10 frekuensi Solfeggio ke dalam bentuk Tensor Ring. 

Sebuah tensor ring yang sangat powerful!

Penerangan lengkap berkenaan Tensor Ring Solfeggio boleh baca di sini.


HARGA RM 300

 (Tidak termasuk postage)

SPEK MATA INFINITI

HARGA RM 250

(Tidak termasuk postage)

HARMONISER 8 RING
HARMONISER 8 RING & HARMONISER 12 RING

Harmoniser terdiri daripada gabungan Tensor Ring Acu-vac dan 8 atau 12 ring di sekelilingnya. Harmoniser menghasilkan medan tenaga berbentuk Torus, yang mana sangat baik untuk tujuan mengharmonikan medan tenaga lain yang berada di dalam liputan radiusnya. Sangat baik untuk membersih dan mengharmonikan medan tenaga di suatu kawasan besar seperti rumah, pejabat atau kebun. Harmoniser juga didapati dapat membersihkan udara dan menyuburkan tanaman di kawasan ia diletakkan melalui reaksi elektron dan ion.

Penerangan lengkap berkenaan Harmoniser boleh baca di sini.


HARGA

HARMONIER 8 RING RM 300

HARMONISER 12 RING RM 350

 (Tidak termasuk postage)

TFG UPDATE
TENSOR FIELD GENERATOR (TFG) 4 RING
TENSOR FIELD GENERATOR (TFG) 6 RING
Tensor Field Generator (TFG) terdiri daripada 4 (39.3 cm ukurlilit) atau 6 ring (34.93 cm ukurlilit) setiap satu ring. Ia dibuat berdasarkan Sacred Cubit, frekuensi energi 144 mhz. Energinya memancar ke semua arah seperti matahari. Fungsi utama GFT adalah untuk mengecas dan menguatkan suatu medan energi agar menjadi lebih kuat dan positif. Ia juga sangat baik untuk dijadikan sebagai ‘energy shield’ daripada semua bentuk energi jahat, negatif dan merosakkan. TFG boleh dilipat jadi mudah di bawah ke mana-mana walaupun saiznya yang besar.

HARGA

TFG 4 RING RM 300

TFG 6 RING RM 350

 (Tidak termasuk postage)

PENDANT GOLDEN FIRE TORUS (GFT)

Pendant Golden Fire Torus (GFT) dibentuk dari corak sacred geometri, Flower of Life. Corak Flower of Life adalah simbol pusat tenaga di ubun-ubun yang dikenali sebagai Cakra Mahkota. Vibrasi energi GFT sangat tinggi dan murni. Fungsi utama untuk membersih, mengharmoni dan menguatkan semua pusat tenaga di badan. Ia juga sangat baik dibawa bermeditasi kerana ia membantu untuk merasa rileks, tenang, damai dan meluaskan kesedaran.  

Video berkenaan Pendant GFT boleh lihat di sini.


HARGA RM 250

(Tidak termasuk postage)

PENDANT METATRON'S CUBE

Metatron’s Cube adalah satu corak Sacred Geometri yang sangat unik. Metatron’s Cube terbina daripada gabungan semua bentuk Platonic Solid iaitu Hexahedron (unsur tanah), Icosahedron (unsur air), Tetrahedron (unsur api), Octahedron (unsur angin), dan Dodecahedron (unsur ether). Semua corak ini adalah bentuk geometri asas seluruh kehidupan di alam semesta.

Metatron’s Cube sangat unik kerana ia mengandungi semua bentuk Sacred Geometri. Bagi mereka yang memahami ilmu vibrasi energi pasti tahu keunikan energi yang terpancar dari sebuah Metatron’s Cube. Selain fungsinya sebagai pemancar energi, ia juga adalah satu perhiasan yang cantik dan menarik.

HARGA RM 250

(Tidak termasuk postage)

PENDANT HARMONISER

Pendant Harmoniser  ini adalah versi kecil daripada Harmoniser besar di atas. Begitu cantik digayakan sebagai pendant. Bentuknya yang kecil, menghasilkan medan tenaga yang cukup untuk cover medan tenaga pemakainya. 

Penerangan lengkap dan video berkenaan Pendant Harmoniser boleh baca di sini.


HARGA RM 190 

(Tidak termasuk postage)

PENDANT ENDLESS ABUNDANCE (PEA)

Pendant Endless Abundance (PEA) ini super unik kerana dicipta daripada enam simbol infiniti yang digabungkan membentuk endless knot. Fungsi utama pendant ini adalah sebagai abundance activator, atau pengaktif energi kelimpahan rezeki. Ia begitu cantik digayakan sebagai pendant.

Video berkenaan Pendant Harmoniser boleh lihat di sini.


HARGA RM 222

(Tidak termasuk postage)

TENSOR BRACELET BULAT

Gelang Bulat ini dibuat dengan 4 wayar tembaga. Ia padat dan kukuh. Kedua hujung sengaja tidak disambung agar fleksibel untuk dipakai dan dibuka. Coraknya sangat cantik, dan energinya juga sangat baik sebagai Tensor Ring. Anda boleh gayakan di tangan kanan atau kiri, mana-mana yang anda selesa. Jika anda nak tempah pastikan anda berikan sekali ukuran pergelangan tangan, kerana ia custom made, ikut saiz anda. Pastikan ukurannya sesuai dan fit, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar, kedua hujung gelang boleh saling bertemu di pergelangan tangan anda agar membentuk circuit energi dengan baik.

HARGA RM 89

(Tidak termasuk postage)

 

DRAGON BRACELET

Dragon Bracelet, atau Gelang Naga. Ia adalah Gelang Bulat yang ditambahkan acu-vac pada kedua hujung gelang. Ini membuat energinya lebih padu dan mantap lagi. Ia juga sangat cantik dan bergaya!

HARGA RM 120

(Tidak termasuk postage)

 

TENSOR BRACELET LEPER

Gelang Leper ini sama dengan Gelang Bulat di atas, cuma pada tahap akhir ia  dipanaskan dan diketuk dengan sangat teliti agar menjadikan ia leper. Coraknya juga sangat cantik, dan energinya pun tetap sangat baik sebagai Tensor Ring. Boleh dipakai di tangan kanan atau kiri. Juga custom made, ikut saiz pergelangan anda.  Pastikan ukurannya sesuai dan fit, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar, kedua hujung gelang boleh saling bertemu di pergelangan tangan anda agar membentuk circuit energi dengan baik.

HARGA RM 99

(Tidak termasuk postage)

 

TENSOR BRACELET TEBAL

Gelang Tebal ini ditempa dengan dengan wayar tembaga saiz 55 mm. Design yang sangat cantik dan kelihatan elegan, energinya pun sangat baik sebagai Tensor Ring. Boleh dipakai di tangan kanan atau kiri. Juga custom made, ikut saiz pergelangan anda.  Pastikan ukurannya sesuai dan fit, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar, kedua hujung gelang boleh saling bertemu di pergelangan tangan anda agar membentuk circuit energi dengan baik.

HARGA RM 89

(Tidak termasuk postage) 

TENSOR RING

Tensor Cincin ini sangat simple. Pun begitu ia tetap memiliki sifat  sebagai tensor ring yang menghasilkan tensor field. Seperti gelang, ia juga tidak dimatikan hujungnya, jadi mudah dibuka dan dipakai. Jika anda mahu pesan cincin ini, pastikan ukurannya sesuai dan fit di jari anda, tidak terlalu ketat dan tidak juga longgar sangat , kedua hujung cincin boleh saling bertemu agar membentuk circuit energi dengan baik ketika anda pakai.

RM 69

(Tidak termasuk postage)

 

Cincin versi khas ditempa daripada 4 gelang tembaga yang diketuk menjadi leper. Cincin khas ini lebih tebal dan padat. Jika anda mahu pesan cincin ini, pastikan ukurannya sesuai dan fit di jari anda, tidak terlalu ketat dan tidak juga longgar sangat , kedua hujung cincin boleh saling bertemu agar membentuk circuit energi dengan baik ketika anda pakai.

RM 79 

(Tidak termasuk postage)

DOUBLE COIL RING

Cincin unik yang ditempa daripada satu wayar tembaga single lalu dililit dengan tensor kecil yang telah diketuk menjadi leper. Jika anda mahu pesan cincin ini, pastikan ukurannya sesuai dan fit di jari anda, tidak terlalu ketat dan tidak juga longgar sangat , kedua hujung cincin boleh saling bertemu agar membentuk circuit energi dengan baik ketika anda pakai.

RM 79

(Tidak termasuk postage)

GELANG DAN CINCIN SIMPUL

Gelang ditempa daripada gabungan satu wayar single dan satu tensor yang disimpulkan bersama. 

Cincin pula ditempa daripada dua gulung wayar halus yang dililit tiga kali menjadi cincin dan corak bunga di atas. Corak ini feminin, lebih fokus kepada kaum hawa. 

Harga Gelang RM 90 (Tidak termasuk postage)

Harga Cincin RM 69 (Tidak termasuk postage)

PENDANT SEED OF LIFE (SOL)

 

Pendant Seed Of Life adalah multi tensor. Ia dibentuk dengan 7 tensor ring, di mana setiap tensor ring memiliki diamter 2.1 cm. Corak Seed of Life (SOL) adalah sebuah Energy Harmoniser yang sangat baik. Ia mengharmonikan medan energi yang terganggu dan tidak stabil. 

RM 210

(Tidak termasuk postage)

PENDANT 3 RING

Pendant 3 Ring adalah multi tensor. Ring luar berukuran 1/6 empowerment cubit, frekuensi 188 mhz. Ring tengah berukuran 1/6 Lost cubit, frekuensi 177 mhz. Ring dalan berukuran 1/8 sacred cubit, dengan frekuensi 144 mhz. 

Frekuensi 144 mhz adalah harmoni dengan frekuensi alam fizikal, ia menguatkan aspek fizikal. Frekuensi 177 mhz selaras dengan frekuensi mental, ia menguatkan aspek mental. Manakala 188 mhz harmoni dengan frekuensi spiritual, ia mengaktifkan kemampuan-kemampuan spiritual seperti intuisi, indera ke-6, daya sensitiviti dan lain-lain.

RM 210

(Tidak termasuk postage)

TENSOR PENDANT RUDRAKSHA

 

Tensor Pendant juga sebuah adalah multi tensor. Ia dibentuk dengan 2 double tensor ring, dan satu tensor corak Acuvac Coil yang sangat kecil di bawah Biji Rudraksha.  

HARGA RM 210

(Tidak termasuk postage)

TENSOR BOOSTER INFINITI

 

Tensor Booster Infiniti juga sebuah adalah multi tensor. Ia gabungan 2 corak. Corak pertama Tensor Field Generator (TFG) yang dibina dari 4 tensor ring. Tensor Field Generator adalah energy booster yang sangat mantap. Medan energy TFG memancar ke semua arah, sehingga beberap batu jauhnya. Corak kedua adalah simbol infiniti, atau nombor 8 melintang, ia juga merupakan energi booster. 

Tensor Booster Infiniti ini boleh dijadikan kalung, gantung di dalam kereta, di pintu rumah atau boleh letak di mana saja anda inginkan.

HARGA 210

(Tidak termasuk postage)

TENSOR LINGA

 

Tensor Linga adalah berdasarkan corak yang saya bina berdasarkan Linga Mudra. Ilmu Mudra adalah ilmu menyusun jari-jari tangan dalam posisi tertentu untuk mengatktifkan aliran energi di badan untuk tujuan spesifik. Diyakini bahawa, Linga Mudra akan mengaktifkan unsur panas di dalam badan, secara spesifik untuk kaum lelaki, untuk menambahkan kekuatan kelelakian.

Tensor Linga ini boleh anda dipakai sebagai kalung, atau letak di poket. Dimensinya 5.5 cm X 1.5 cm. Ia dibentuk berdasarkan ukuran 3/4 sacred cubit, memancarkan frekuensi 144 mhz.

Untuk penggunaan secara spesifik boleh hubungi kami melalui link whatsapp yang ada di bahagian bawah website ini.

HARGA 210

(Tidak termasuk postage)

PENDANT TENSOR VENUS

Tensor Venus pula adalah corak yang saya bina berdasarkan Linga Yoni.  Yoni bermaksud ‘rahim wanita’. Mudra adalah gerakan dan posisi jari-jari tengan yang spesifik untuk tujuan mengarahkan energi  ke lokasi badan tertentu. Diyakini bahawa mempraktikkan Yoni Mudra membantu menenangan jiwa wanita, mengaktifkan energi kewanitaan agar kesihatan wanita menjadi lebih baik, ghairah seksual meningkat, dan lebih bersemangat dalam kehidupan seharian.

Tensor Venus ini boleh dipakai sebagai kalung, atau letak di dalam beg wanita. Dibuat dengan ukuran Sacred Cubit yang memancarkan energi berfrekuensi 144 mhz.

Untuk penggunaan secara spesifik boleh hubungi kami melalui link whatsapp yang ada di bahagian bawah  ini.



Video berkenaan Pendant Tensor Venus boleh lihat di sini.


 

HARGA 210

(Tidak termasuk postage)


Sila hubungi saya melalui saluran berikut:

👉👉👉👉H/P: 011-7263-8681







No comments:

Post a Comment

TESTIMONI SETERUSNYA

Seorang sahabat pengguna Tensor Ring share kabar gembira yang beliau alami. Katanya sakit-sakit dah banyak kurang khasnya sakit kepala. Angi...